Format rancangan Immortal Songs: Lagu Lama Menyengat Semula

Rancangan hiburan Immortal Songs ialah rancangan TV Korea Selatan terbitan Korean Broadcasting System (KBS). Dalam setiap episod, seorang ikon lagenda serta enam penyanyi terkemuka tanah air yang datang dari pelbagai latar belakang dan genre muzik akan membuat penampilan di dalam rancangan ini. Enam penyanyi tersebut akan berentap antara satu sama lain menerusi persembahan dalam versi yang tersendiri menyanyikan semula lagu ikon legenda tersebut.[4][5]

Di samping itu, sebelum membuat persembahan, para penyanyi akan memperkenalkan diri serta ditemubual oleh tiga orang hos di ‘Farm Fresh Lounge’. Turutan persembahan akan ditentukan secara rawak di pentas utama di mana ianya akan diputuskan melalui undian yang bakal dicabut hos pentas utama menerusi cabutan bola yang mengandungi nama penyanyi. Persembahan para penyanyi akan dinilai oleh lapan orang juri dari kalangan pihak media selepas setiap persembahan. Skor maksimum bagi setiap persembahan adalah sebanyak 800 mata. Penyanyi yang berjaya mendapat skor tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang dalam setiap episod.